Anda ada soalan? Dapatkan jawapan di bawah atau hubungi kami untuk mendapatkan bantuan

Soalan Lazim

1. Mengenai TrueMoney eWallet
TrueMoney eWallet adalah aplikasi pembayaran yang cepat, mudah dan selamat, berserta faedah menarik seperti diskaun, promosi dan ganjaran. Ia adalah aplikasi all-in-one untuk pembayaran yang mudah dan bermanfaat!

Ya, kami diluluskan secara rasmi oleh Bank Negara Malaysia sebagai penyedia eMoney berlesen dan tersenarai di laman web BNM. 

Rujuk senarai di sini.

  • Berbelanja & dapat pelbagai ganjaran dari rakan niaga kami.
  • Bayar bil elektrik, air, telefon, dan cukai tanpa stress.
  • Tambah nilai kredit telefon dan permainan dengan serta merta.
  • Beli dan perbaharui insurans dihujung jari.
  • Tambah nilai eWallet dengan mudah untuk transaksi pantas.
  • Hantar wang dengan selamat kepada rakan dan keluarga.
  • Ajak orang tersayang untuk menggunakan TrueMoney dan nikmati manfaat yang menguntungkan!
Pengguna harus sekurang kurangnya berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai nombor telefon bimbit Malaysia yang berdaftar.
Anda boleh muat turun Aplikasi eWallet TrueMoney di Google Playstore dan Apple App Store Malaysia.
2. Pengurusan Akaun

Jom mulakan dengan langkah mudah dan menarik:  

  1. Muat Turun Aplikasi: Muat turun aplikasi TrueMoney dari Apple App Store atau Google Play Store.
  2. Dapatkan Pengesahan: Masukkan nombor telefon anda untuk menerima One Time Pin (OTP).
  3. Masukkan OTP: Semak SMS anda untuk OTP dan masukkan. Tidak menerimanya? Jangan risau! Klik “Resend Code” dan kami akan hantar semula.
  4. Tetapkan PIN Anda: Masukkan butiran anda, cipta PIN 6-digit dan sahkannya.
  5. Kod Rujukan: Jika anda ada kod rujukan, masukkannya sekarang atau langkau langkah ini jika tiada.
  6. Aktifkan Ciri: Benarkan aplikasi mengakses lokasi anda dan aktifkan Touch ID atau Face ID untuk log masuk yang lancar. Tekan “Enable Touch ID” atau “Enable Face Verification” pada peranti anda.

Ikuti langkah-langkah ini: 

  1. Buka Aplikasi TrueMoney eWallet di peranti baru.
  2. Masukkan nombor telefon yang berdaftar dengan akaun eWallet anda.
  3. Semak mesej anda untuk kod OTP dan masukkan kod untuk mengesahkan nombor telefon anda.
  4. Masukkan PIN 6-digit anda

Tips: Simpan OTP dan PIN anda dengan selamat. Berkongsi maklumat ini boleh menjejaskan keselamatan akaun anda.

Tidak. Setiap nombor telefon hanya boleh link dengan satu akaun eWallet sahaja untuk memastikan akaun anda dilindungi & selamat. 

Jika anda ingin menukar nombor telefon, hubungi Customer Loyalty dan kami akan membantu anda!

Terlupa PIN? Ikuti langkah-langkah dibawah: 

  1. Buka Aplikasi TrueMoney eWallet anda. 
  2. Tekan “Tetapkan Semula PIN” Anda akan dibawa ke skrin “Cari Akaun Anda
  3. Masukkan nama dan tarikh lahir yang didaftarkan. Pastikan ia sepadan dengan butiran akaun anda!
  4. Masukkan kod OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda untuk mengesahkan nombor anda.
  5. Tetapkan PIN 6-digit yang baru dan tekan “Sahkan
  6. Berjaya! Anda akan kembali ke skrin utama eWallet TrueMoney.

Perhatian: Jangan kongsikan OTP dan PIN anda secara peribadi untuk melindungi akaun anda!

Akaun anda akan bertukar sebagai ‘Dormant’ jika tiada sebarang aktiviti—seperti transaksi atau log masuk—selama 365 hari berturut-turut. Jika baki eWallet anda tidak disentuh selama lima tahun, ia akan dipindahkan ke Pengurusan Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. 

Hubungi Customer Loyalty Team kami melalui salah satu kaedah berikut: 

  • Klik butang oren di bahagian bawah kanan skrin anda.
  • Log masuk ke akaun TrueMoney anda, pergi ke ‘Akaun‘ dan pilih ‘Chat dengan Kami‘.
  • Hantarkan emel kepada kami di enquiry@truemoney.com.my.

Kami sedia membantu anda dari Isnin hingga Jumaat, 9 AM hingga 6 PM (kecuali Cuti Umum).

Anda akan menerima baki anda dalam masa 30 hari bekerja! Untuk memulakan proses ini, pastikan anda mengesahkan pemadaman akaun anda dengan Customer Loyalty Team kami!
3. Pengesahan Akaun
eKYC tidak wajib, tetapi dengan eKYC anda dapat menikmati semua ciri khas TrueMoney eWallet. Tanpa eKYC, saiz eWallet anda terhad kepada RM200. Untuk menikmati semua servis dan had lebih tinggi, kami syorkan anda lengkapkan eKYC!

Terokai dunia eKYC, iaitu proses Know Your Customer elektronik kami yang bukan sahaja mengesahkan identiti anda tetapi juga membuka pelbagai ciri menarik!  

Dengan melengkapkan proses eKYC, anda akan melalui dua peringkat akaun yang menarik – Basic dan Verified.

Jenis eWalletBasicVerified
Saiz eWalletRM200RM10,000
Had Transaksi BulananRM2,000RM10,000
Had Transaksi TahunanRM24,000RM120,000
eKYCTidakYa
Penghantaran WangTidakYa
4. Tambah Nilai
Ikuti langkah mudah ini untuk tambah nilai yang lancar:
  1. Buka aplikasi TrueMoney eWallet anda.
  2. Tekan butang “Tambah Nilai” dan masukkan jumlah yang diinginkan.
  3. Pilih kaedah pembayaran—Kad Kredit/Debit atau Perbankan Dalam Talian.
  4. Anda akan dibawa ke gerbang pembayaran untuk melengkapkan transaksi.
  5. Isi butiran yang diperlukan dan lihat baki anda bertambah!
  6. Boom! TrueMoney eWallet anda kini sudah terisi dan sedia digunakan.

Selain tambah nilai menggunakan Kad Kredit/Debit atau Perbankan Online, anda boleh menambah nilai secara “Over-The-Counter” ! 

  1. Kunjungi mana-mana rakan niaga sedia ada untuk tambah nilai eWallet anda dengan tunai di sini.
  2. Berikan nombor telefon bimbit anda (yang berdaftar dengan TrueMoney eWallet) dan beritahu juruwang jumlah tambah nilai.
  3. Selesai! Tunggu notifikasi tambah nilai anda berjaya!

Tambah nilai bermula serendah RM10 sehingga RM1,000 dalam satu transaksi. 

Bukan itu sahaja—manfaatkan hari anda dengan had tambah nilai harian maksima RM1,000 dan nikmati hingga had RM5,000 setiap bulan!

Rujuk had tambah nilai dibawah:-

Tambah Nilai Tunai:

  • Had Per Transaksi: RM1,000
  • Had Harian: RM1,000
  • Had Bulanan: RM5,000

Nota: Had Tambah Nilai Tunai adalah bergantung pada saiz eWallet anda.

5. Pindahan Wang eWallet - eWallet
  1. Buka aplikasi TrueMoney eWallet anda!
  2. Tekan butang “Hantar
  3. Masukkan nombor telefon penerima—pastikan tepat!
  4. Pilih jumlah yang anda inginkan. Kemudian, tekan “Teruskan
  5. Semak semula butiran dan tekan butang “Sahkan
  6. Masukkan PIN 6-digit anda dan hantar untuk melengkapkan transaksi!

Nota: Ciri ini hanya untuk pindahan eWallet-to-eWallet TrueMoney Malaysia sahaja, pindahan eWallet-to-Bank atau jenis pindahan ke platform lain tidak tersedia untuk sementara.  

6. Limit Transaksi eWallet

Untuk memastikan keselamatan akaun anda terjamin, had transaksi dikenakan berdasarkan jenis akaun eWallet anda. Rujuk jadual berikut: 

Jenis eWalletBasicVerified
Saiz eWalletRM200RM10,000
Had Transaksi BulananRM2,000RM10,000
Had Transaksi TahunanRM24,000RM120,000

Jika anda memerlukan had yang lebih tinggi, lengkapkan proses eKYC untuk naik taraf akaun!

Nota: Had transaksi bergantung kepada jenis saiz eWallet dan jenis transaksi.

7. DuitNow
DuitNow QR adalah kod QR untuk pembayaran di Malaysia. Anda boleh mengimbas mana-mana DuitNow QR menggunakan aplikasi TrueMoney eWallet untuk membayar dengan pantas dan mudah di kedai, gerai, dan banyak lagi!

Ya, terdapat had bulanan RM1,000 bagi penggunaan DuitNow QR di TrueMoney eWallet. 

Pastikan anda memantau penggunaan untuk mengelakkan gangguan pada transaksi anda.

Rujuk Terma di Appendix A dalam aplikasi TrueMoney Malaysia anda.

Nota: Had DuitNow adalah sama untuk semua peringkat akaun.

8. Tambah Nilai Kredit Game
Menambah nilai kredit Game adalah seperti memberi tenaga tambahan kepada watak kegemaran anda dengan nyawa tambahan,peralatan baru, atau lonjakan epik. Ia adalah tiket anda untuk naik tahap dan membuka pengembaraan baru dalam dunia game kegemaran anda!
Tiada! Anda boleh menambah nilai kredit Game kegemaran anda melalui TrueMoney eWallet dengan mudah dan pantas, tanpa had!
9. Keselamatan Akaun
Tidak, kerana peranti tersebut akan menjejaskan keselamatan aplikasi eWallet TrueMoney yang boleh menyebabkan data peribadi anda dicuri oleh pihak yang tidak berkenaan.

Hubungi Customer Loyalty Team kami dengan segera melalui salah satu kaedah berikut: 

  • Klik butang oren di bahagian bawah kanan skrin anda.
  • Log masuk ke akaun TrueMoney anda, pergi ke ‘Akaun‘ dan pilih ‘Chat dengan Kami‘.
  • Hantarkan emel kepada kami di enquiry@truemoney.com.my.

Kami sedia membantu anda dari Isnin hingga Jumaat, 9 AM hingga 6 PM (kecuali Cuti Umum).

Petua keselamatan berikut di bawah akan meningkatkan keselamatan akaun anda:

  1. Jangan kongsi kata laluan dan kata laluan sekali (OTP) anda.
    Kata laluan dan kata laluan sekali anda (OTP) ialah barisan pertahanan pertama terhadap kemungkinan penipu. Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan dan kata laluan sekali (OTP) anda dengan sesiapa pun dalam apa jua keadaan.
  2. Cipta kata laluan yang kukuh dan kemas kini dengan kerap.
    Gunakan kata laluan unik yang sukar diteka, termasuk gabungan huruf kecil dan besar, nombor dan aksara khas. Jangan gunakan maklumat peribadi yang sensitif seperti tarikh lahir, nombor telefon atau nombor IC sebagai kata laluan anda.
  3. Tukar kata laluan dan PIN TrueMoney anda dengan kerap.
    Jangan gunakan semula kata laluan lama anda atau kata laluan yang dikaitkan dengan akaun lain. Lebih kerap anda menukar kata laluan anda, lebih selamat anda dalam jangka masa panjang. Mengemas kini kata laluan anda dengan kerap meningkatkan keselamatan dalam talian anda.
  4. Jangan memasang aplikasi daripada sumber yang tidak diketahui.
    Gunakan hanya aplikasi TrueMoney rasmi yang dimuat turun daripada Google Play atau Apple App Store.
  5. Jangan buka teks yang mencurigakan, tetingkap timbul atau e-mel.
    Penipu berpura-pura menjadi syarikat, rakan atau kenalan yang bereputasi baik dalam mesej palsu yang mengandungi pautan ke tapak web pancingan data. Jangan buka teks yang mencurigakan, tetingkap timbul atau klik pada pautan atau lampiran dalam e-mel, hanya padamkannya.
  6. Jangan buat transaksi kewangan pada rangkaian Wi-Fi awam terbuka.
    Ramai daripada kita akan menggunakan Wi-Fi awam percuma pada satu ketika, mungkin di lapangan terbang, hotel atau restoran tetapi kita mungkin mempertaruhkan privasi kita apabila berbuat demikian. Penggodam boleh menangkap maklumat peribadi yang ditukar melalui sambungan internet awam, yang mungkin tidak disedari oleh ramai orang.
  7. Jangan berkongsi maklumat sensitif dengan orang lain.
    Tolong jangan kongsi maklumat sensitif yang dikaitkan dengan akaun TrueMoney anda dengan sesiapa sahaja. PENTING: TrueMoney tidak akan meminta kata laluan anda, OTP SMS, PIN TrueMoney dan butiran kad kredit.
  8. Lindungi diri anda daripada penipuan.
    Penipu sering melihat untuk mengeksploitasi pengguna yang tidak curiga. Mereka boleh cuba mengawal akaun kewangan dan dana anda melalui teknik yang dipanggil pancingan data. Mereka mencipta tapak web palsu, e-mel atau mesej segera yang kelihatan tulen, untuk menipu anda supaya mendedahkan maklumat peribadi anda seperti butiran log masuk anda, SMS OTP, PIN TrueMoney dan butiran kad kredit. Setelah butiran anda didedahkan, penipu boleh membuat caj yang tidak dibenarkan pada kad kredit atau e-dompet anda. Mangsa pancingan data boleh mengalami kerugian kewangan yang besar. 
  9. Perhatikan percubaan pancingan data.
    Belajar mengenal pasti tanda-tanda percubaan pancingan data. Mesej pancingan data boleh dalam bentuk e-mel, mesej segera atau panggilan telefon. Di permukaan, mesej pancingan data mungkin kelihatan sah dan meminta anda mengesahkan transaksi yang tidak dibenarkan, menyemak pembayaran atau melakukan sebarang tindakan lain. Walau bagaimanapun, apabila diperiksa dengan lebih teliti, anda akan melihat tanda-tanda yang menunjukkan ia adalah percubaan pancingan data.

Penggodam akan menggunakan e-mel, mesej atau menghubungi anda untuk menipu anda supaya anda memberikan maklumat peribadi kepada mereka. Mereka akan mencuba mencuri kata laluan, maklumat peribadi dan maklumat kewangan anda. Jika mereka mendapat maklumat tersebut, mereka boleh mengakses kepada e-mel, bank atau akaun kewangan anda. Penggodam melancarkan beribu-ribu serangan pancingan data setiap hari. Penggodam sering mengubah taktik mereka, tetapi beberapa tips akan membantu anda mengenali e-mel atau mesej pancingan data. E-mel pancingan data dan mesej mungkin kelihatan seperti daripada syarikat yang anda kenali atau dipercayai. Mereka mungkin kelihatan seperti mereka dari bank, syarikat terkenal, agensi kerajaan, laman web atau aplikasi pembayaran dalam talian atau kedai dalam talian. E-mel pancingan data dan mesej sering menggunakan maklumat peribadi anda untuk menipu anda supaya mengklik pada pautan atau membuka lampiran. Penggodam biasanya digunakan dengan cara-cara seperti di bawah: 

  • Menjelaskan bahawa mereka telah melihat aktiviti yang mencurigakan atau percubaan log masuk ke akaun anda.
  • Mendakwa bahawa terdapat masalah dengan akaun anda atau maklumat pembayaran anda.
  • Menawarkan baucar diskaun yang menarik dengan mengesahkan maklumat peribadi anda.
  • Mendakwa bahawa anda telah disaman oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Memberitahu bahawa anda telah memenangi hadiah.
  • Menyuruh anda mengklik pautan e-mel atau mesej untuk membuat pembayaran.
  • Menjelaskan bahawa anda mempunyai dana yang belum dituntut untuk dipindahkan kepada anda.

Jika anda percaya maklumat pembayaran anda telah terdedah, sila hubungi bank anda dengan segera untuk menyekat kad kredit/debit anda.

Jika anda telah berkongsi maklumat aplikasi TrueMoney anda atau mengesyaki aktiviti yang tidak diketahui atau transaksi yang mencurigakan daripada akaun anda, sila tetapkan semula PIN akaun TrueMoney dan laporkan aktiviti tersebut kepada kami.

Hubungi Customer Loyalty Team kami melalui salah satu kaedah berikut: 

  • Klik butang oren di bahagian bawah kanan skrin anda.
  • Log masuk ke akaun TrueMoney anda, pergi ke ‘Akaun‘ dan pilih ‘Chat dengan Kami‘.
  • Hantarkan emel kepada kami di enquiry@truemoney.com.my.

Hantarkan emel kepada kami di enquiry@truemoney.com.my.

10. Aduan & Maklum Balas

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan bantuan, hubungi kami di enquiry@truemoney.com.my atau klik butang oren di bahagian bawah sebelah kanan skrin anda. Customer Loyalty Team kami sedia membantu anda dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang (tidak termasuk Cuti Umum). 

Anda juga boleh mengemukakan kebimbangan anda kepada Perkhidmatan Kewangan Ombudsman (OFS) dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan kami jika terdapat sebarang pertikaian. Rujuk risalah “Penyelesaian Pertikaian Kewangan” yang dilampirkan untuk semua maklumat lanjut tentang cara untuk memulakan.

Buletin

Dapatkan informasi lebih lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hangat kami.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Hubungi Kami

Alamat Perniagaan : 
True Money Malaysia Sdn. Bhd. 
Unit L4-01, Level 4, Wisma Capital A, No. 19, Lorong Dungun, Off Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.

E-mel Perkhidmatan Pelanggan :
enquiry@truemoney.com.my

Sembang dengan ejen Khidmat Pelanggan kami yang mesra via Live Chat :
Klik ikon Sembang warna jingga di sebelah bawah kanan skrin anda untuk mula bersembang!
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, kecuali Cuti Umum.

© True Money Malaysia Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara